Thursday, August 21, 2014

Mahu belajar Bahasa Arab

Sudah banyak janjiku untuk belajar Bahasa Arab tetapi sentiasa gagal. Ah aku telah berdusta kepada diriku.

Semalam aku uja lagi dengan membeli sebuah kamus. Aku tidak mahu berbohong lagi. Ini juga janji.

0
Alangkah bagusnya kalau aku pandai Bahasa Arab. Boleh berbual dalam Bahasa Arab dengan pensyarah dari Mesir seramai enam orang itu. Kalau aku pandai baru sedap beri nasihat kepada pensyarah dan pelajar KIPSAS. Sekarang kalau bercakap, serupalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Bayak juga perkataan bahasa Melayu yg sama bunyi dan maknanya. Contohnya
Aman
Amal
Anasir
Perkataan yang saya belajar hari ini 22/8/14 jam 3.45pm.
Ma' ..... maksudnya air
Akala ..... makan
Syariba... minum
Anta ... .anda l
Anti ... .snda p
Aku ni kalau bab belajar bahasa rasa fobia betul. Masa sekolah dulu cukup liat bila belajar bahasa Melayu. Menyampah betul belajar hukum-hukum imbuhan. Kasihan betul cikgu Sabariah. BI ah paling tak pandai. Nasib baik sewaktu di Jepun aku bergaul dengan orang Jepun... maka pandailah sikit bahasa Jrpun.

No comments:

Post a Comment