Friday, August 9, 2013

Meniru gaya pembelajaran pelajar cemerlang.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Nur Sofurah Mohd Faiz, Maziana Mohamed dan Rosfaszlizah Zahit, dari UTHO tentang Gaya Pembelajaran Pelajar Cemerlang merumuskan bahawa mereka mendapat motivasi untuk terus berusaha. Motivasi datangnya dari pensyarah, ibu bapa dan mereka yang telah berjaya. Selepas mengikuti sesi motivasi tersebut mereka lebih kental menghadapi cabaran. Pelajar lebih gembira dan mempercayai idola atau model yang terdiri dari mereka yang cemerlang.

Menurut statistik JPNP tentang pencapaian pelajar yang dapat four flat dalam peperiksaan STPM tahun 2012 seramai 30 orang berbanding 11 orang tahun sebelumnya. Peningkatan 172% yang sangat signefiken. Angka itu jauh lebih baik dari pencapaian jiran misalnya Kelantan 12 orang dan Trengganu 14 orang. Pada tahun 2011, seramai dua orang pelajar Melayu yang mendapat four flat dari 11 orang itu. Sementara pada tahun 2012, seramai 11 orang pelajar Melayu yang mendapat four flat dar 30 orang itu. Bagi pelajar Melayu peningkatannya ialah 450%. Tentu ada sebabnya? Tentu ada usaha berkesan yang telah dilakukan? Memang benar, sesuatu hasil yang luar biasa tentu ada usaha yang luar biasa yang memberi kesan yang mendalam. Memang benar, pada bulan April 2012 hingga Jun 2012 pihak JPNP telah mengadakan Roadshow Aini Aminah. Aini adalah seorang pemegang Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang yang mendapat four flat STPM tahun 2011. Aini dengan gaya penyampaiannya yang menarik lagi bersemangat bertemu dengan semua calon STPM Pahang dalam siri motivasi jelajah negeri Pahang. Suntikan motivasi Aini telah berjaya membakar semangat pelajar-pelajar STPM negeri Pahang.

Berdasarkan hasil kajian UTHO dan pengalaman JPNP, kaedah motivasi boleh dipraktikkan kepada pelajar sekolah dan juga universiti. Pelajar KIPSAS juga perlu disuakan dengan sesi motivasi seperti itu. Kita mahu lebih ramai pelajar yang mencapai CGPA yang cemerlang. Pelajar-pelajar yang cemerlang ini akan mengangkat taraf kehidupan mereka di masa hadapan. Mereka juga mampu memainkan peranan yang berkesan dalam pembanguanan modal insan masa hadapan. Tidak secara langsung nama KIPSAS juga akan dijulang.

Siri pertama program motivasi pelajar, KIPSAS akan mengundang Aini Aminah binti Fuad untuk menceritakan kejayaannya kepada pelajar KIPSAS dalam bulan Ogos ini.

Sementara siri kedua akan dijalankan dalam bulan September. KIPSAS akan menampilkan bekas pelajar KIPSAS yang berjaya menempa kecemerlangan dalam pelajaran atau kerjaya. Misalnya Mohd Bahari bin Ab. Jabba,  bekas pelajar KIPSAS kini pensyarah di Pusat Matrikulasi, UIAM PJ. Beliau adalah seorang pelajar yang sangat fasih bercakap bahasa Arab. Bermula sebagai pelajar biasa, dalam masa tiga tahun di KIPSAS beliau berjaya menguasai bahasa Arab dengan begitu baik sekali. Kita mahu timba apakah rahsia kejayaannya.

Ini adalah salah satu tindakan strategik KIPSAS.

Rujukan;
1. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130318/dn_45/STPM

2. http://eprints.uthm.edu.my/2743/1/GAYA_PEMBELAJARAN_PELAJAR_CEMERLANG_%E2%80%93_SATU_KAJIAN.pdf






 Antara sebabnya ialah pelaksanaan program Roadshow Aini Aminah yang dianjurkan oleh JPNP ke 49 buah sekolah yang aada calon STPM. Program seperti ini patut diteruskan. PPD boleh melaksanakan inisiatif ini dengan menampilkan calon cemerlang di daerah masing-masing.




 Aini memang seorang pelajar yang hebat, gigih belajar, berani, pandai bercakap, ada bakat kepimpinan dan aktif kokurikulum. Inilah idola yang patut ditiru kegigihannya dan sifat-sifat yang terpuji itu. Kita jangan malu meniru dari orang yang telah membuktikan kecemerlangannya.




16 Ogos 2013
Memberi taklimat dan memberi tugas kepada pegawai kaunseling KIPSAS untuk melaksanakan sesi motivasi Aini Aminah (hujung Ogos) dan Sesi Mohd Bahari (6/9/2013, Jumaat). Saya berharap idea ini akan menjadi kenyataan.

Saya harap sesi motivasi kepada pelajar akan berterusan. Pengisian bulan Oktober sedang difikirkan.



2 comments:

  1. Pada 29 Ogos 2013, 9 mlm - 11 mlm.
    Apa yang dirancang benar-benar terjadi.
    Aini Aminah menyampaikan sesi motivasinya kepada lebih 200 orang pelajar KIPSAS. Penyampaiannya bersahaja tetapi sangat memberi kesan yang mendalam. Harap kesan positif itu menjadi pendorong kepada pelajar KIPSAS.
    Terima kasih Naib Presiden HEP dan anak buah yang mengendalikan program ini.

    ReplyDelete
  2. Pada 6 September 2013, jam 3-5.30ptg... Apa yang dirancang benar-benar terjadi.
    Encik Mohd Bahari bin Ab Jabbar, bekas pelajar KIPSAS kini pensyarah Bahasa Arab di UIAM. Beliau bercakap bahasa Arab macam orang Arab betul. Beliau menerangkan bagaimana beliau berusaha menguasai bahasa Arab ini. Bukan setakat ikut pelajaran guru dalam kelas tetapi berusaha sendiri membaca majalah Bahasa Arab dan surat khabar Arab sejak tingkatan 2 sewaktu bersekolah di SMA Maran. Beliau melanjutkan pelajaran di UPM. Sewaktu di UPM beliau tinggal serumah dengan pelajar dari Sudan. Beliau bercakap Arab sepanjang masa dengan mereka. Memang ceramah beliau memberi kesan yang mendalam kepada pelajar KIPSAS. Terima kasih sdr Mohd Bahari serta ajk yang mengurus program ini.

    ReplyDelete