Monday, October 20, 2014

Roadshow Ke SMA, SRK dan SBP

21/10/14.... jam 9.30pagi.

Saya ke SABK Al-Maarif Bkt Goh berjumpa pengeta dan semua GPK. Kami bincang fasal program presiden Roadshow KIPSAS. Pihak sekolah akan tetapkan tarikh untuk saya memberi ceramah kepada pelajar tingkatan 3 dan tingkatsn 4. Fokusnys ialah Cemerlang berterusan Matematik.

21/10/14.... jam 11.30pagi.
Jumpa mudir SMA Al Ihsan Kuantan, tuan hj Mustafar. Kami berbincang dengan rancaknya di kantin.

Monday, September 8, 2014

Kelas Bahasa Arab 8 Sept 2014

Guru hari ini ialah cikgu Saad


Hari ini belajar lima ayat pendek.
Ana amsi
Ana ajri
ana anaamu
ana asrobu
ana a-kul
sebutan yg lebit tepat ikut tulisan arab.



Seronok belajar Bahasa Arab hari ini. Siap berjalan dan belari.
Ada orang yang mengingatkan saya. Jangan anggat2 tahi ayam je.

Friday, September 5, 2014

Kelas Asas Kalkulus 5 Sept 2014

Semua 9 orang hadir

Saya periksa hasil kerja mereka.


Menerangkan pengiraan kecerunan


Menerangkan kaedah mengira kecerunan. Kecerunan garis yg saling tegak...... m1×m2=-1

Tuesday, August 26, 2014

Kelas Asas Kalkulus 26 Ogos 2014

Lukis dan lakar garis lurus.


Lukis dan lakar persamaan kuadratik


Pelajar dikehendaki melakar graf persamaan kudratik berikut.


Pelajar yang mengikuti kelas saya


Saturday, August 23, 2014

Jumpa PM

Syukur alhamdulillah dapat hadir majlis rumah terbuka aidilfitri Perdana Menteri di Pekan.
Saya dapat jumpa PM mohon sokongan untuk KIPSAS naik taraf ke Kolej Universiti. PM beri sokongan penuh.

Thursday, August 21, 2014

Mahu belajar Bahasa Arab

Sudah banyak janjiku untuk belajar Bahasa Arab tetapi sentiasa gagal. Ah aku telah berdusta kepada diriku.

Semalam aku uja lagi dengan membeli sebuah kamus. Aku tidak mahu berbohong lagi. Ini juga janji.

0
Alangkah bagusnya kalau aku pandai Bahasa Arab. Boleh berbual dalam Bahasa Arab dengan pensyarah dari Mesir seramai enam orang itu. Kalau aku pandai baru sedap beri nasihat kepada pensyarah dan pelajar KIPSAS. Sekarang kalau bercakap, serupalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Bayak juga perkataan bahasa Melayu yg sama bunyi dan maknanya. Contohnya
Aman
Amal
Anasir
Perkataan yang saya belajar hari ini 22/8/14 jam 3.45pm.
Ma' ..... maksudnya air
Akala ..... makan
Syariba... minum
Anta ... .anda l
Anti ... .snda p
Aku ni kalau bab belajar bahasa rasa fobia betul. Masa sekolah dulu cukup liat bila belajar bahasa Melayu. Menyampah betul belajar hukum-hukum imbuhan. Kasihan betul cikgu Sabariah. BI ah paling tak pandai. Nasib baik sewaktu di Jepun aku bergaul dengan orang Jepun... maka pandailah sikit bahasa Jrpun.

Tuesday, August 19, 2014

Kelas Asas Kalkulus DTM

Kelas 20 Ogos 2014

Bilangan pelajar yang hadir ialah lapan orang.
Saya sangat gembira dapat mengajar mereka lapan orang itu.
selepas sejam pertama beri motivasi dengan merujuk kepada diri saya sendiri sewaktu berumur 18 tahun seperti mereka hari ini. Waktu itu saya lakukan transformasi kendiri.
Mereka senyap sepi sewaktu saya bercakap. Harap-harap telah memberi kesedaran kepada mereka.

Saya beri kerja rumah. Saya juga minta mereka buat ulangkaji.


Kelas akan datang ialah pada hari Selasa (26/8/14) jam 8.30pagi - 10.30pagi.

Pelajar saya ialah Abdul Aziz, 
Nurhidayah, 
Nurul Liyana, 
Nurul Fatihah, 
Nor Hisyam, 
Abdul Hazim, 
Muhammad Khalilullah, 
Muhammad Hafizul dan 
Ahmad Nursalam.