Tuesday, August 20, 2013

KIPSAS penggerak Menyubur Kemahiran Jawi Negeri Pahang

Memang saya berangan-angan mahu mengerakkan usaha menggalakkan aktiviti membaca dan menulis jawi sejak memegang jawatan PPD lagi, hingga jadi pengarah pelajaran negeri masih tidak Berjaya. Bila saya memegang jawatan presiden KIPSAS, inilah ketika yang paling sesuai.

Saya lontarkan idea ini kepada Dekan Pengajian Islam dan Ketua Jabatan Dakwah. Saya mahu mereka tubuh jawatan kuasa menggerakkan usaha ini. Saya Nampak mereka Berjaya menyiapkan satu kertas kerja yang bermutu, siap dengan Literature review. Mereka cukup bersedia. Mereka mendapat rakan sernegi yang mantap iaitu DBP dan MUAIP. DBP menyediakan tenaga pengajar pakar dan MUAIP menaggung semua perbelanjaan.

Tanggal 19 -20 Ogos 2013 apa yang dirancang benar-benar berlaku. Sangat meriah, ramai peserta dari luar.



Encik Azman bin Ahmad dari DBP memberi ceramah. Bimbingan beliau sangat berkesan.

Untuk tindakan berikutnya ialah memilih 30 orang peserta untuk diberi latihan lanjutan, mana-mana yang sesuai akan dilantik sebagai Munsyi Jawi DBP. Mereka ini akan menjadi fasilitator.

Ini adalah satu permulaan bagi Tindakan Stratigik Tiga Tahun KIPSAS (2013-2016) untuk menyemarakkan tulisan jawi di negeri Pahang. Kami perlukan ramai rakan sernegi. Saya yakin rancangan ini akan Berjaya.

Siri keempat di Bentong pada 15 hingga 16/10/2014 di PPD Bentong.





 

Friday, August 16, 2013

Promosi meningatkan bilangan pelajar KIPSAS



15 Ogos 2013, berjaya menemui PPD Maran, encik Baharum; PPD Temerloh, encik Raman; PPD Bera, encik Bahari dan PPD Pekan, hj Zulkifli. Membincangkan cadangan peremuan saya bersama pegawai promosi KIPSAS dengan guru kaunseling dan GPK Tingkatan enam sekolah di empat daearah tersebut. Pihak ppd sangat memberi sokongan.

Jangkaan pelajar KIPSAS tahun 2013 - 2017


Strategi
1. Menemui pelajar tingkatan enam rendah
2. Menemui pelajar tingkatan lima
3. Sekolah angkat KIPSAS
4. Jambatan kedua - Matematik Julai
5. Pasukan Persembahan Bahasa Arab
6. Group fasilitator Motivasi
7. Ceramah motivasi Pengarah


 

Saturday, August 10, 2013

Jambatan Kedua, Asrama Inderapura dan KIPSAS

Jambatan Kedua, Asrama Inderapura dan KIPSAS

11 Ogos 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengimbau kembali kenangan manis masa lalu.

Tahun 1970 bermulanya satu usaha kerajaan Pahang menubuhkan Asrama Inderapura. Fungsinya menempatkan pelajar yang lulus SPM tetapi tidak berpeluang belajar di tingkatan enam sekolah kerajaan. Ketika itu sekolah yang menawar pengajian tingkatan enam hanya SMART dan SABS. Pelajar yang gagal SPM juga diberi peluang. Oleh kerana hanya ada satu bangunan sahaja, maka pelajar lelaki sahaja yang diberi peluang. Mereka mengikuti pelajaran SPM atau STPM pada waktu petang dan malam. Pada waktu pagi mereka belajar sendiri. Mereka mendapat makan minum dan tempat tinggal percuma. Belajar juga percuma. Alangkah untungnya mereka.

Guru yang mengajar di situ adalah guru yang terpilih dari SMART, SABS dan sekolah sekitar bandar Kuantan. Memang usaha itu memberi pulangan yang membanggakan. Ramai pelajarnya yang berjaya lulus STPM dan SPM dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Asrama Inderapura adalah Jambatan Kedua ke universiti malah membina masa hadapan yang gemilang kepada anak-anak Pahang ketika itu. Antara mereka yang berjaya melalui jambatan itu seperti Dato’ Lias bin Mohd Nor, saudara Rokbi bin Abu samah, saudara Awang Sulong, Dato’ Mohamad bin Ubaidullah, Dato’ Hamid bin Abu Bakar dan ramai lagi.

Beberapa tahun kemudian asrama itu ditutup dan bangunannya diambil oleh IKIP Kubang Buaya. Jambatan Kedua tetap meninggalkan kenangan manis walaupun usianya hanya hanya beberapa tahun sahaja. Ideanya baik dan dilaksanakan secara berkesan memang memberi hasil yang lumayan. Hasilnya ialah modal insan! Mereka yang pernah berada di Asrama Inderapura mengatakan wordan garang bernama Abu Hassan sangat besar jasanya. Abu Hassan sangat menekankan aspek displin.

Saya ingin memakai idea ini. Walaupun kita telah melangkah lebih 40 tahun ke hadapan, pelajar yang gagal masih ramai. Mereka yang gagal itu datangnya dari keluarga yang susah, ada masalah yang mereka tidak mampu hadapi.

Walaupun saya tidak melintas melalui jambatan kedua itu namun saya amat kagum dengan idea dan penubuhannya. Saya percaya, jika kita adakan peluang yang bagus pasti ada manfaatnya!

Saya petik kata-kata saudara Awang Sulong bin Ahmad  dan Ismail Ibrahim dalam komennya di fb saya,

Awang Sulang:

 "Saya pun sempat duduk 3 bulan thn 1970...masuk ykt 6B .....lepas tu masuk UKM bersama Datuk Lias Mohd Nor......thn tu result STPM Inderapura dapat kalahkan SMART.Keluaran Inderapura ni hebat juga...antaranya Dato Lias Mohd Nor,Dato Mohammad Ubaidullah,Dato Abd Rahman Hamid,Dato Abd Wahid Manap,Dato' Abd Rahim Abbas.....teringat bila buat perjumpaan bekas pelajar Inderapura,ckgu Abu Hassan Shukur,bekas warden....isterinya berpesan "jangan buat macam dulu,sebab sekarang ni bekas pelajar tu ramai yg bergelar Dato'.......masa di Inderapura(sekarang IKIP)kami jadi ank emas SUK...semua free,pastu dapat duit kocek....pegi sembahyang Jumaat naik bas SUK.....cikgu yg mengajar terpilih drp SMART dan SABS....pagi study sendiri,ptg baru belajar......"

Ismail Ibrahim;
 
 "Alhamdulillah...asrama inderapura tlh memberi peluang kedua kepada sya n pelajar2 Spm thn 1986 yg gagal utk mencuba kali kedua. Pelajar2nya terdiri anak2 jati phg dan ianya terhad. Waktu belajar hya sebelah mlm dan hari minggu shj krna tenaga pengajarnya tdr dr guru2 sklah Smart & Sabs. Terima kasih cikgu & warden asrama msa tu"

KIPSAS mahu membina semula jambatan ala Jambatan Kedua itu. Inilah satu rancangan khidmat sumbangan kami kepada anak Pahang. KIPSAS fokuskan kepada penyelesaian satu masalah sahaja. KIPSAS telah memutuskan mahu mengumpulkan sekumpulan pelajar yang gagal Matematik SPM. Mereka akan mengikuti sesi belajar/ulangkaji/ bimbingan Matematik. Seterusnya kami mahu memberi peluang kepada mereka menduduki sekali lagi SPM dengan harapan akan dapat kepujian atau cemerlang dalam mata pelajaran Matematik. Mereka juga akan mengikuti pelajaran Agama Islam. Kelulusan cemelang atau kepujian Matematik sangat berguna. Boleh menyambung pelajaran dan sebagai sokongan kuat untuk mendapat pekerjaan. Mereka diberi peluang menyambung pelajaran peringkat diploma di KIPSAS.

Namun begitu KIPSAS memerlukan rakan untuk membina Jambatan Kedua itu kerana belanjanya besar juga.

Kami sedang menyusun langkah. Naib Presiden Pentadbiran & Kewangan, unit promosi, pensyarah jabatan ICT, pegawai Anjung KIPSAS dan pegawai kaunseling ditugaskan menterjemahkan idea ini.

Jika semua persediaan berjalan lancar, insyAllah Disember 2013 ini akan bermulalah satu usaha baru kami. Kami bercadang melaksanakan program ini selama tiga tahun hingga tahun 2016.

Langkah awal;
1. Mengadakan mesyuarat awal untuk menulis kertas kerjanya.
2. Mesyuarat ajk pembinaan modul bersama guru matematik yang berpengalaman.
3. Tinjauan mengenalpasti bidang kelemahan umum pelajar. 
4. Mencari rakan kongsi, penaja, bakal penyumbang dan guru kaunseling.
5. Membuat hebahan kepada bekas pelajar yang telah mengambil SPM tahun lalau.
6. Menyediakan kemudahan penginapan dan tempat belajar.
7. Melantik guru pembimbing fasilitator.
8. Mengiklankan jawatan fasilitator kepada pelajar tingkatan lima yang cemerlang dan berkebolehan membimbing dari SBP atau SRK Pahang.

Matlamat;
Pelajar masuk dengan keputusan gagal akan pulang dengan keputusan Kepujian Matematik. Pengetahuan dan amalan Agama lebih baik.
Pelajar masuk dengan keputusan lulus akan pulang dengan keputusan cemerlang Matematik. Pengetahuan dan amalan Agama lebih baik.
Ini adalah satu pelan tindakan strategik KIPSAS untuk tempoh tiga tahun 2013 - 2016.

Terima kasih.








 

Friday, August 9, 2013

Meniru gaya pembelajaran pelajar cemerlang.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Nur Sofurah Mohd Faiz, Maziana Mohamed dan Rosfaszlizah Zahit, dari UTHO tentang Gaya Pembelajaran Pelajar Cemerlang merumuskan bahawa mereka mendapat motivasi untuk terus berusaha. Motivasi datangnya dari pensyarah, ibu bapa dan mereka yang telah berjaya. Selepas mengikuti sesi motivasi tersebut mereka lebih kental menghadapi cabaran. Pelajar lebih gembira dan mempercayai idola atau model yang terdiri dari mereka yang cemerlang.

Menurut statistik JPNP tentang pencapaian pelajar yang dapat four flat dalam peperiksaan STPM tahun 2012 seramai 30 orang berbanding 11 orang tahun sebelumnya. Peningkatan 172% yang sangat signefiken. Angka itu jauh lebih baik dari pencapaian jiran misalnya Kelantan 12 orang dan Trengganu 14 orang. Pada tahun 2011, seramai dua orang pelajar Melayu yang mendapat four flat dari 11 orang itu. Sementara pada tahun 2012, seramai 11 orang pelajar Melayu yang mendapat four flat dar 30 orang itu. Bagi pelajar Melayu peningkatannya ialah 450%. Tentu ada sebabnya? Tentu ada usaha berkesan yang telah dilakukan? Memang benar, sesuatu hasil yang luar biasa tentu ada usaha yang luar biasa yang memberi kesan yang mendalam. Memang benar, pada bulan April 2012 hingga Jun 2012 pihak JPNP telah mengadakan Roadshow Aini Aminah. Aini adalah seorang pemegang Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang yang mendapat four flat STPM tahun 2011. Aini dengan gaya penyampaiannya yang menarik lagi bersemangat bertemu dengan semua calon STPM Pahang dalam siri motivasi jelajah negeri Pahang. Suntikan motivasi Aini telah berjaya membakar semangat pelajar-pelajar STPM negeri Pahang.

Berdasarkan hasil kajian UTHO dan pengalaman JPNP, kaedah motivasi boleh dipraktikkan kepada pelajar sekolah dan juga universiti. Pelajar KIPSAS juga perlu disuakan dengan sesi motivasi seperti itu. Kita mahu lebih ramai pelajar yang mencapai CGPA yang cemerlang. Pelajar-pelajar yang cemerlang ini akan mengangkat taraf kehidupan mereka di masa hadapan. Mereka juga mampu memainkan peranan yang berkesan dalam pembanguanan modal insan masa hadapan. Tidak secara langsung nama KIPSAS juga akan dijulang.

Siri pertama program motivasi pelajar, KIPSAS akan mengundang Aini Aminah binti Fuad untuk menceritakan kejayaannya kepada pelajar KIPSAS dalam bulan Ogos ini.

Sementara siri kedua akan dijalankan dalam bulan September. KIPSAS akan menampilkan bekas pelajar KIPSAS yang berjaya menempa kecemerlangan dalam pelajaran atau kerjaya. Misalnya Mohd Bahari bin Ab. Jabba,  bekas pelajar KIPSAS kini pensyarah di Pusat Matrikulasi, UIAM PJ. Beliau adalah seorang pelajar yang sangat fasih bercakap bahasa Arab. Bermula sebagai pelajar biasa, dalam masa tiga tahun di KIPSAS beliau berjaya menguasai bahasa Arab dengan begitu baik sekali. Kita mahu timba apakah rahsia kejayaannya.

Ini adalah salah satu tindakan strategik KIPSAS.

Rujukan;
1. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130318/dn_45/STPM

2. http://eprints.uthm.edu.my/2743/1/GAYA_PEMBELAJARAN_PELAJAR_CEMERLANG_%E2%80%93_SATU_KAJIAN.pdf






 Antara sebabnya ialah pelaksanaan program Roadshow Aini Aminah yang dianjurkan oleh JPNP ke 49 buah sekolah yang aada calon STPM. Program seperti ini patut diteruskan. PPD boleh melaksanakan inisiatif ini dengan menampilkan calon cemerlang di daerah masing-masing.




 Aini memang seorang pelajar yang hebat, gigih belajar, berani, pandai bercakap, ada bakat kepimpinan dan aktif kokurikulum. Inilah idola yang patut ditiru kegigihannya dan sifat-sifat yang terpuji itu. Kita jangan malu meniru dari orang yang telah membuktikan kecemerlangannya.




16 Ogos 2013
Memberi taklimat dan memberi tugas kepada pegawai kaunseling KIPSAS untuk melaksanakan sesi motivasi Aini Aminah (hujung Ogos) dan Sesi Mohd Bahari (6/9/2013, Jumaat). Saya berharap idea ini akan menjadi kenyataan.

Saya harap sesi motivasi kepada pelajar akan berterusan. Pengisian bulan Oktober sedang difikirkan.



Monday, August 5, 2013

Taklimat Keterampilan dan Kekuatan Pengajaran Pensyarah KIPSAS


5 Ogos 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanggal 1 Ogos 2013 KIPSAS menerima sembilan orang pensyarah baru dan 10 orang pensyarah sambilan. Mereka terdiri dari pensyarah baru dan yang berpengalaman. Ada yang masih berumur dua puluhan, muda yang berpotensi. Ada yang veteran, berumur lebih dari 50 tahun. Mereka banyak pengalaman. Mereka adalah gabungan pengalaman dan potensi.
Sebagai seorang ketua, saya perlu memberi panduan awal tentang persediaan untuk berhadapan dengan pelajar. Saya mengadakan taklimat pada 2 Ogos 2013. Mereka perlu memiliki ciri-ciri yang boleh memberi kepuasan kepada pelajar. Mulai sesi 2013 ini saya mahu hasil pembelajaran pelajar meningkat dari segi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dan bilangan yang gagal ( PNGK < 2 ) dikurangkan, kalau boleh dihapuskan sama sekali. Mereka yang gagal akan menimbulkan masalah kewangan kerana bantuan PTPN akan diberhentikan. Faktor mutu pengajaran pensyarah akan mempengaruhi kecemerlangan pencapaian pelajar. Oleh itu saya sebagai ketua perlu memberi kefahaman yang jelas kepada pensyarah tentang ciri-ciri Kehebatan dan Kekuatan Pengajaran Pensyarah (KKPP). Saya telah menerangkan ciri-ciri KKPP secara terpeinci dengan menggunakan rajah berikut.
Ciri-ciri itu ialah;
1.       Ceria
2.       Tepat masa
3.       Ajar sampai faham
4.       Kemas dan segak
5.       Kenal dan mesra
6.       Ketawa kerana jenakanya
7.       Boleh cadangkan buku/ internet
8.       Guna ABM secara berkesan.
Setiap ciri itu dianggar nilaian kendirinya dari 0 hingga 10. Akhirnya nilai setiap ciri digabungkan dalam bentuk peratus. Nilai KKPP digambarkan oleh K2 yang lebih 80% dianggap cemerlang. Dalam pada itu mereka boleh nampak apakah ciri yang masih lemah, misalnya ciri Cadangkan Buku/ laman dalam internet yang boleh dirujuk oleh pelajar.

Jadual 1, nilai K2 = 68.2 menggambarkan prestasi KKPP pada tahap sederhana. Aspek manakah yang paling ketara lemahnya? Tentu sekali ciri KENAL & MESRA=3, KETAWA KERANA JENAKANYA=2 dan GUNA ABM SECARA BERKESAN=2. Pensyarah perlu memperbaiki segera prestasi mereka dalam aspek berkenaan. Di samping itu terus kekelkan kecemerlangan pencapaian dalam K1, K2, K3, K4 dan K7.
Saya berharap sesi taklimat ini memberi panduan kepada pensyarah baru KIPSAS.
Taklimat ini adalah merupakan satu dari siri Tindakan Strategik Presiden KIPSAS.