Monday, August 5, 2013

Taklimat Keterampilan dan Kekuatan Pengajaran Pensyarah KIPSAS


5 Ogos 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanggal 1 Ogos 2013 KIPSAS menerima sembilan orang pensyarah baru dan 10 orang pensyarah sambilan. Mereka terdiri dari pensyarah baru dan yang berpengalaman. Ada yang masih berumur dua puluhan, muda yang berpotensi. Ada yang veteran, berumur lebih dari 50 tahun. Mereka banyak pengalaman. Mereka adalah gabungan pengalaman dan potensi.
Sebagai seorang ketua, saya perlu memberi panduan awal tentang persediaan untuk berhadapan dengan pelajar. Saya mengadakan taklimat pada 2 Ogos 2013. Mereka perlu memiliki ciri-ciri yang boleh memberi kepuasan kepada pelajar. Mulai sesi 2013 ini saya mahu hasil pembelajaran pelajar meningkat dari segi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dan bilangan yang gagal ( PNGK < 2 ) dikurangkan, kalau boleh dihapuskan sama sekali. Mereka yang gagal akan menimbulkan masalah kewangan kerana bantuan PTPN akan diberhentikan. Faktor mutu pengajaran pensyarah akan mempengaruhi kecemerlangan pencapaian pelajar. Oleh itu saya sebagai ketua perlu memberi kefahaman yang jelas kepada pensyarah tentang ciri-ciri Kehebatan dan Kekuatan Pengajaran Pensyarah (KKPP). Saya telah menerangkan ciri-ciri KKPP secara terpeinci dengan menggunakan rajah berikut.
Ciri-ciri itu ialah;
1.       Ceria
2.       Tepat masa
3.       Ajar sampai faham
4.       Kemas dan segak
5.       Kenal dan mesra
6.       Ketawa kerana jenakanya
7.       Boleh cadangkan buku/ internet
8.       Guna ABM secara berkesan.
Setiap ciri itu dianggar nilaian kendirinya dari 0 hingga 10. Akhirnya nilai setiap ciri digabungkan dalam bentuk peratus. Nilai KKPP digambarkan oleh K2 yang lebih 80% dianggap cemerlang. Dalam pada itu mereka boleh nampak apakah ciri yang masih lemah, misalnya ciri Cadangkan Buku/ laman dalam internet yang boleh dirujuk oleh pelajar.

Jadual 1, nilai K2 = 68.2 menggambarkan prestasi KKPP pada tahap sederhana. Aspek manakah yang paling ketara lemahnya? Tentu sekali ciri KENAL & MESRA=3, KETAWA KERANA JENAKANYA=2 dan GUNA ABM SECARA BERKESAN=2. Pensyarah perlu memperbaiki segera prestasi mereka dalam aspek berkenaan. Di samping itu terus kekelkan kecemerlangan pencapaian dalam K1, K2, K3, K4 dan K7.
Saya berharap sesi taklimat ini memberi panduan kepada pensyarah baru KIPSAS.
Taklimat ini adalah merupakan satu dari siri Tindakan Strategik Presiden KIPSAS.
 

 

No comments:

Post a Comment